Thursday, March 18, 2010

Pembacaan yang membangkitkan kesedaran....wajib bagi para duat



Oleh: Abdul Hafiz As-Said

Sesungguhnya duat yang hidup dan ikhlas kepada dakwahnya, yang hanya mendukung fikrahnya, faham permasalahan umatnya, mengharapkan kebaikan dan ketinggian buat tanahairnya, yang membawa khabar hidayah dan petunjuk kepada anak bangsanya mestilah mempunyai pemerhatian yang kritis dan pembacaan yang penuh sedar dan teliti; iaitu pembacaan yang meningkatkan kedudukan dirinya agar semakin tinggi dan baik, pembacaan yang memantapkan maklumat agar dapat membantunya memikul tugas ke atas masyarakat, untuk membangkitkannya, memastikan penyakitnya dan menentukan penawar yang mujarab untuknya. Di antara pembacaan yang dicadangkan ialah;

Pertama: Pembacaan penuh sedar ke atas kitab Allah dan Sunnah Rasul saw

Sesungguhnya pembacaan penuh sedar dan teliti terhadap Kitab Allah dan Sunnah rasul saw adalah bekalan dan santapan. Melalui keduanya duat menghirup apa yang baik untuk dirinya, menyucikan diri, menerangi akal dan mendidik sanubari. Melalui keduanya juga duat memperolehi banyak kebaikan untuk masyarakat, merawat penyakitnya dan membangunkannya. Duat yang membuat penelitian dari petunjuk dan ilmu al-Quran dan Sunnah yang mulia akan mendapati di dalamnya mengandungi dasar yang paling baik, system yang paling sesuai, peraturan kepada kehidupan individu yang paling teliti, baik lelaki atau wanita, Arab atau bukan Arab, pembinaan keluarga atau pembentukan umat.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِين
“Kami telah turunkan kepadamu al-Kitab sebagai penerang segala sesuatu, petunjuk, rahmat dan berita gembira kepada kaum muslimin”. (An-Nahl: 89)

Jelas al-Quran adalah kitab yang menyeluruh. Allah telah menghimpunkan di dalamnya usul aqidah, asas kemaslahan masyarakat dan segala syariat duniawi. Al-Quran memberikan perhatian dengan sepenuhnya ke atas hubungan dan ikatan kemanuasiaan sejagat. Sunnah juga berpesan agar memberikan layanan baik kepada golongan zimmi.

"لهم ما لنا وعليهم ما علينا"
“Gembira mereka gembira kami, sedih mereka sedih kami juga”.

Duat mengetahui semua ini. Oleh sebab itu duat tidak menyeru kepada bangsa atau warna kulit (rujuk Risalah Imam Al-Banna). Justeru adakah selepas ini kita masih bimbang penyatuan tanahair kita dapat dilakukan di bawah naungan perlaksanaan syariat Allah.

Kedua: Pembacaan penuh sedar ke atas sejarah dan segala peristiwa

Sejarah sebagaimana pendapat dari penulis risalah ‘Asas-asas agenda Islam untuk membangunkan Umat’ (Imam Al-Banna) merupakan khazanah pengalaman kemanusiaan sama ada yang berjaya atau gagal. Oleh itu bagi kelompok yang mahu bergerak bagi melakukan perubahan di dalam masyarakat dan bangsanya mestilah mengkaji dan menelusuri sejarah manusia supaya mengelakkan dari mengikuti tapak-tapak orang yang mati.

Sejarah adalah gedung ilmu yang asas tentang ilmu-ilmu kemanusiaan. Dari sejarah para pemikir mengambil idea kepada teori mereka, pandangan mereka tentang perjalanan manusia dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Oleh itu Imam Al-Banna sangat prihatin tentang kajian sejarah dengan kajian yang mendalam. Lihatlah pandangan sejarahnya yang teliti di alam risalah ‘Ke mana kita seru manusia’:

“ Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namn sejarah membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak berdaya akhirnya berada ke puncak kejayaan yang diidamkan oleh pendokongnya. Siapa yang menyangka Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa rohani dan politik , penduduknya mampu menguasasi kebanyakan negara di dunia”.

"Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu mengerah sebelas angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka yang enggan membayar zakat".

"Siapa sangka sekumpulan Bani Ali dan Abbas yang kecil dan berselindung mampu menumbangkan kerajaan yang begitu kuat dan luas. Sedangkan sepanjang masa mereka sentiasa terdedah kepada pembunuhan , penindasan, pengusiran dan ugutan".

"Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun terpaksa mengharungi tempoh yang lama namun akhirnya berjaya mengusir raja-raja Eropah yang mempunyai angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah 25 raja ternama mereka bergabung menentangnya”.

Lihatlah bagaimana al-Banna telah mendapat cetusan idea menggarap cita-cita masa depan bagi membangunkan bangsa dari kelemasan dan kelemahan dan Al-Banna memahami sebab- sebab sesuatu bangsa menjadi maju dan lemah melalui sejarah dan peristiwanya;

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا
"Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang diberikan hikmah maka dia akan diberi kabaikan yang banyak”. (Al-Baqarah: 269)

Ketiga: Pembacaan penuh sedar ke atas realiti setempat

Sesungguhnya pembacaan duat terhadap waqi’ atau reality tanahairnya yang menderita, perhatian duat ke atas permasalahannya yang menyedihkan dan bermacam kerusakan dalam semua sudut dan semua bidang. Realiti ini yang dideritai oleh masyarakat kita dari satu kejahatan kepada kejahatan yang lebih parah, dari salah guna kuasa dan rasuah hingga ke gejala sosial dan jenayah, korupsi hingga kepada penindasan ke atas golongan yang jujur, dari kerendahan nilai murni kepada pengamalan nilai barat yang mengenepilkan nilai Islam dan penguasaan golongan fasad ke atas arus perdana selepas mengenepikan golongan yang baik dan mulia.

Sesungguhnya duat yang memahami waqi’ dan mengamati reality yang berlaku menjadikannya mampu mengesan penyakit dan mengenali puncanya agar duat memikirkan cara mengubati dan bekerja ke arah pengislahan. Barangkali sekeji-keji penyakit bangsa ialah meminggirkan golongan yang ikhlas dan bersemangat di tanahair ini dari memikirkan penyakit masyarakat dan mengusahakan kerja merawat masyarakat.

Keempat: Pembacaan penuh sedar ke atas situasi negara arab dan Islam

Sesungguhnya duat faham dan tahu reality dunia Arab dan Islam yang sebenarnya berada di dalam keadaan yang lemah dan hina, suasana perpecahan, pergolakan, pengusiran yang dilakukan oleh musuhnya, merampas kekayaannya, menguasai tanahairnya, menghina bangsanya selepas menghanyutkan mereka dengan budaya barat dan tamadunnya dan memusnahkan segala budaya mulia dari Islam dan keluhurannya dan selepas menjauhkan mereka daripada Islam dan asasnya.Semua ini menjerumuskan mereka kepada kehinaan bangsa dan seterusnya menjadi mundur dan ketinggalan. Sekiranya duat faham reality yang jelas ini dan bentuk yang amat diyakini ini nyatalah bahawa tiada ubat yang mujarab melainkan hanya kembali kepada syariat Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنْ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah semua. Janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah kurnian Allah ke atasmu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu disatukan sehingga dengan kurnian Allah itu kamu menjadi bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi lobang neraka, maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menurut jalan yang benar”. (Ali-Imran: 103)

Kelima: Pembacaan penuh sedar ke atas situasi antarabangsa dan dunia

Sesungguhnya pembacaan tentang realiti antarabangsa dan dunia jelas tiada lagi keraguan bahawa para pembesar dan pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa tidak terfikir untuk menolong dan membela negara tertindas dan dijajah kerana atas alasan negara lemah dan kehilangan kebebasan, negara yang dirampas tanahairnya, dirompak kekayaannya. Disamping itu jelas melalui pembacaan ini bahawa hilangnya keadilan dari tertegak di kalangan masyarakat antarabangsa khususnya di bumi Palestin yang penuh keberkatan.

Ringkasnya: Kajian duat terhadap waqi’ tempatan, negara dan antarabangsa dengan kajian yang teliti dan mendalam akan membawa kepada;

Mengetahui faktor kekuatan dengan segala bentuknya, faktor kelemahan dengan semua keadannya.

Mengetahui ancaman dan bahaya yang berada di dalam dan luar.

Mengambil peluang dan kesempatan yang terbuka.

Menentukan bidang yang boleh menempa kejayaan dan bidang yang menemui kegagalan daripada kajian di atas.

Sesungguhnya pembacaan yang pelbagai ini membantu duat dalam menunaikan risalah, melaksanakan tugas dan memainkan peranan seperti yang diharapkan ke atas diri, masyarakat dan bangsanya bahkan kepada manusia seluruhnya.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan sesungguhnya Kami tidak mengutus engkau melainkan untuk membawa rahmat ke atas sekalian alam”. (Al-Anbiya’: 107)

Dunia seluruhnya sebagaimana yang dilihat oleh Al-Banna menjadi bebas dan merdeka dari kerosakan dan penyakit dengan rahmat Allah. Semua sistem dan undang-undang gagal mengubatinya dan tiada ubat baginya melainkan Islam. Maka majulah kalian membebaskan bangsa dan dunia dengan nama Allah. Seluruh dunia menanti penyelamat. Tiada penyelamat sebenar melainkan agama Islam yang membawa sinarnya yang menerangi seluruh alam dan membawa khabar gembira buat semua manusia.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=61634&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top