Wednesday, May 5, 2010

Rijal pada Kacamata Islam


Semua orang perlu berusaha keras menjawab persoalan ini: Kenapakah kaum muslimin datang pada zaman permulaan Islam penuh dengan keajaiban di mana mereka memperolehi kemuliaan, pembukaan dan kepimpinan tetapi di akhirnya kaum muslimin juga datang dengan keajaiban tetapi mereka mendapat kehinaan, kerendahan dan kekalahan? Al-Quran tetap sebagai al-Quran dan pengajaran agama tetap sebagai pengajaran agama. Saya tidak melihat berlaku perkara sedemikian kecuali satu sebab iaitu rijal yang sebenar dan rijal yang palsu.

Pada zaman permulaan umat Islam dipenuhi dengan insan yang menepati sifat rijal yang telah digambar oleh Allah dengan sesempurna sifat, seperti dalam Firman Allah:

رِجَالٌ لاَ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللهِ
Iaitu lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau urus niaga jual beli daripada mengingati Allah”(An-Nur:37)

Mereka adalah tanda bagi kemuliaan, ketingginan, keluhuran dan kebaikan. Kehidupan mereka seluruhnya adalah rangkaian daripada iman yang akan memimpin supaya terus beramal, sabar dari segala kepayahan, mendokong kebenaran, bergantung kepada kuasa tertinggi dan mengelak daripada berputus asa hingga mereka meninggalkan kepada kita dasar-dasar yang abadi. Inilah rasul kita saw tatkala pakciknya menyangka bahawa baginda boleh dipujuk rayu supaya meninggalkan kerja dakwahnya dan menerima tawaran musyrikin Mekah, namun baginda telah menegaskan dengan jawapannya yang terkenal:

“Demi Allah, seandainya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan tugasan dakwah ini pasti sama sekali aku tidak akan meninggalkannya hinggalah Allah akan memenangkan agamaNya dan menghancurkan selain agamaNya.”

Manakala sejarah sahabat pula penuh dengan contoh-contoh ini di dalam semua bidang; dakwah, pekerjaan, perniagaan, politik, ilmu pengetahuan, perundangan, dan perjuangan (jihad). Dengan itu, melalui para rijal inilah mereka membuka negeri dengan ketinggian tamadun dan kemajuan dengan pembukaan ketamadunan dan pentadbiran yang cekap dan bersistematik. Melalui ketamadunan inilah juga manusia merasai keadilan tertegak.

Adakah kamu pernah mendengar keadilan dan hukuman yang lebih baik daripada keadilan dan hukuman Umar r.a tatkala beliau memutuskan hukuman dalam kes anak gabenor Mesir, Amru bin Al-As dengan seorang rakyat Mesir kerana anak Amru telah memukul seorang rakyat Mesir. Lalu Umar telah menitahkan supaya lelaki Mesir itu memukul anak Amru dan meletakkan cemeti di atas bahagian kepalanya yang botak. Umar menegaskan kepada rakyat Mesir dengan berkata:

Bilakah kamu diminta menjadi hamba sesama manusia sedangkan kamu dilahirkan oleh ibumu dalam keadaan merdeka!”

Kemudian kita lihat rijal yang lain iaitu Ali bin Abu Talib yang telah tidur di atas katil baginda saw padahal beliau tahu risiko akan dibunuh, tetapi sifat rijalnya telah membuatkan beliau tidak mempedulikan risiko tersebut.

Begitu juga Sohib Ar-Rumi sanggup meninggalkan harta kekayaannya kerana melarikan diri demi agama dan menyertai rasul saw berhijrah, kerana baginya tidak ada apa yang mampu menyamai dengan keredhaan Allah. Beliau juga telah berbaiah kepada rasul saw untuk ‘dengar dan taat’ sama ada ketika senang ataupun susah.

Saudaraku yang dikasihi,

Sesungguhnya pemelihara dan pelindung agama, alam dunia, kehormatan dan menolak kezaliman ialah rijal. Rijal yang benar yang melihat di atas kerusinya sebagai suatu tanggungjawab dan tugas, bukan suatu penghormatan atau kemasyhuran, jalan untuk berkhidmat kepada manusia, bukan kerana pangkat dan jawatan, berfikir tentang permasalahan umatnya sebelum dia memikirkan permasalahan dirinya sendiri. Seorang alim atau sarjana yang benar dan berciri rijal ialah yang jujur di dalam ilmunya yang sentiasa segar, melakukan penemuan baru dan berguna kepada umatnya. Peniaga atau usahawan yang berciri rijal ialah yang rela merasai kesenangan bukan melalui penipuan atau penindasan. Ahli politik yang benar dan berciri rijal ialah yang tunduk, merendah diri dan menyerah kepada Allah.

Adakah anda pernah melihat ciri rijal dan teguh pendirian (thabat) seumpama yang anda lihat pada Bilal dan Amar? Mereka begitu teguh di atas kebenaran sekalipun disiksa dan ditindas sehingga mereka mengecapi ketinggian rabbaniah di dunia dan akhirat, sementara agama telah tersebar hasil kesabaran mereka kerana agama sehingga sampai puncak langit dan seluruh pelusuk bumi.

Sesungguhnya umat kita sangat dahagakan manusia yang memiliki ciri rijal ini hingga mereka menjadi teguh dan mengembalikan kemuliaan dan ketinggian kepada Islam. Mereka adalah rahsia kehidupan dan ketinggian umat bahkan sejarah semua umat bersinar dan cemerlang dengan sebab mereka meneguk daripada ‘orang kuat’ yang telah mencapai makna dan ciri rijal ini. ...Kita sedia maklum bahawa seorang rijal mampu membina umat. Rijal ini ialah nabi Muhammad saw contoh teladan kita dalam hal ini. Baginda telah dibangkitkan oleh Allah sebagai pembawa petunjuk, pembawa berita gembira dan berita menakutkan. Demikianlah seorang rijal juga mampu menghancurkan umat bila arah tujuannya adalah untuk kehancuran dan kerosakan. Begitu juga jiwa rijal yang sebenarnya dia tidak mengenali erti kemewahan hidup, ketenangan, kekecewaan, kebosanan, dan penyakit angan-angan palsu.

Ayuhlah para rijal agama, pendidik, ahli fikir dan media bantulah kami dengan program dan manhaj yang menanam di dalam diri dan jiwa anak-anak kami ciri rijal. Ajarlah erti penggabungan kepada agama, hingga mereka mampu berfikir untuk mencapai matlamat yang mulia di dalam kehidupan ini. Justeru akan memertabatkan tanahair, mengembalikan kemuliaan dan akhirnya tercapai keamanan, keharmonian dan kesejahteraan Negara.

Terjemahan daripada Ikhwan Online.com
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top