Friday, October 1, 2010

Pra syarat Kemenangan di dalam dakwah


Oleh: Prof. Dr. Hussin Hussin Syahatah
Sesuatu kemenangan memerlukan kepada elemen-elemen kerohanian dan dalamam (ruhiyah dan maknawiyah) dan elemen-elemen kebendaan dan fizikal (Madiyah dan badaniyah). Elemen pertama dikenali dengan tawakal kepada Allah dan kedua dengan mengambil segala langkah dan sebab. Manhaj inilah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw di dalam kehidupan dakwah dan jihadnya. Di antara contoh yang boleh dinyatakan ialah; penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah, Ghazwah Badar, Ghazwah Khandak dan lain-lainnya.
 Kemenangan kepada dakwah ketika berhadapan dengan cabaran semasa juga memerlukan elemen-elemen yang bersumber dari al-Quran, as-Sunnah, Sirah Nabi dan Sirah para duat dan mujahidin di jalan Allah. Oleh itu kita dituntut mendalami, memahami dan melaksanakannya dalam memenuhi elemen-elemen ini. 

Elemen-elemen keimanan dan kepercayaan kepada kemenangan
Apa yang dimaksudkan kekuatan dalaman kendiri (quwwah maknawiah zatiyah) bagi orang yang bekerja di lapangan dakwah Islam dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah yang tertinggi terbentuk dalam elemen-elemen yang berikut:
1. Keyakinan dan kepercayaan yang kukuh dan mendalam bahawa kemenangan adalah daripada Allah. Elemen ini menjana tenaga yang kuat dan keazaman yang kental, semangat yang membara dan kepahlawanan yang unggul kerana menjiwai firman Allah SWT:

dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (An-Anfal: 9-10)

Firman Allah:

“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfal: 17)

 Firman Allah:

“Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain”. (Muhammad: 4)


2. Ketaatan sepenuhnya kepada perintah dan suruhan Allah bahawa Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hamba-hambanya yang mukmin kerana Allah telapun menjanjikan kemenangan kepada mereka seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

“Dan kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman”. (Ar-Ruum: 47)

Firman Allah:

“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (Tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal”. (Ali-Imran: 160).
 
3. Keyakinan yang mendalam bahawa di antara elemen kemenangan ialah beriltizam dengan syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan, menjauhi segala dosa dan maksiat. Petunjuk dalam hal ini ialah firman Allah:

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7).

  
4. Keimanan yang teguh bahwa kemulian hanyalah bagi Allah, Rasul dan para mukminin. Allah mempunyai penolong kepada dakwahNya yang terdiri daripada para mukimin. Ini mungkin boleh disebut dengan persediaan sumber tenaga dari aspek dalaman (ta’biah maknawiyah) seperti yang berlaku dalam Ghazwah Badar. Firman Allah:

“(ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (An-Anfal: 9-10)
 
 5. Beriman dan meyakini bahawa pertolongan akan tiba, tidak berputus asa dan tidak gentar dengan musuh. Contoh praktikal ialah dalam Ghazwah Ahzab. Allah telah menyatakan pengajaran daripada ghazwah ini dalam firmanNya:

“yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka”. (Al-Ahzab: 10)

Firman Allah:

“dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari peperangan dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Ahzab: 25)

Firman Allah:

“(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali-Imran: 173)

6. Memanjatkan doa dan bermohon kepada Allah SWT. Ini yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw semasa di Taif dan Ghazwah Badar. Di antara doa yang dibacakan oleh nabi bertepatan dalam hal ini ialah:

اللهم مُنْزِل الكتاب، ومجُرى السحاب، وهازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah, yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”. (Bukhari)
Doa nabi yang lain:

اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم
Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher muka mereka (agar kekuatan mereka tidak terpedaya dalam berhadapan dengan kami). Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan mereka.” (Abu Daud dan Tirmizi)

Elemen-elemen keimanan dan kepercayaan ini perlukan kepada suatu tarbiyah ruhiyah yang tertegak daripada perkara-perkara berikut:

-          Ikhlas kepada Allah dan merasai bahawa seluruh matlamat ialah mengharapkan keredhaan Allah
-          Mendekatkan diri dengan Allah dan merasai kemulian, kekuatan dan keagunganNya dan Allah yang menetapkan segala perkara.
-          Merasai bahawa ganjaran kepada pendakwah yang ikhlas dan berjuang ialah syurga yang merupakan barangan milik Allah yang sangat mahal
-          Membesarkan keagungan Allah dan menjauhi sebarang dosa dan maksiat
-          Bergaul dengan hamba-hamba yang salih, para mukminin dan kuat beribadah yang sentiasa berdoa pada waktu pagi dan petang kerana mengharapkan keredhaanNya.
-          Memperbanyakkan solat, puasa, tilawah al-Quran dan doa.
-          Bertaubat dan beristighfar dalam semua keadaan.
-          Cintakan pertemuan dengan Allah, nabi dan para sahabat seperti kata-kata seorang sahabat: “Esok kita akan menemui orang yang paling dicintai, Muhammad saw dan para sahabat”.

Elemen-elemen fizikal dan persiapan asas untuk memperolehi kemenangan

Dengan mengambil kira tindakan mengambil segala langkah dan sebab dari sudut kekuatan iman dan kepercayaan sebagai salah satu pra syarat kemenangan, maka tidak cukup hanya percaya kepada segala langkah dan sebab dan tidak cukup mengambil langkah dan sebab itu hanya sekadar bertawakal kepada Allah. Maksud ini sangat jelas seperti di dalam firman Allah:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”. (Al-Anfal: 60).

  Para sarjana dalam bidang dakwah mengambil pengajaran daripada ayat ini dengan beberapa petunjuk kekuatan dalam aspek yang berikut:

-          Kekuatan kepercayaan dan keyakinan (Quwwah imaniyyah). Kita telah bicarakan sebelum ini.
-          Kekuatan ikatan, kesatuan dan pegangan dengan tali Allah berdasarkan firman Allah:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali-Imran: 103)

-          Kekuatan fizikal melalui tarbiyah jihadiyah berasaskan sabda nabi saw:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah”.

-          Kekuatan persiapan (persiapan jihad) dan harta benda

Di antara pra syarat tarbiyah fizikal (badaniyah) ialah penekanan kepada kesihatan, kesejahteraan dan senaman dengan segala bentuknya kerana mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah. Ini mewajibkan kita mendidik anak-anak kita di atas perkara ini. Terdapat dalam sebuah athar: “Ajarkan anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Sama seperti rehlah, perkhemahan ala tentera dan aktiviti senaman dan sebagainya yang termasuk antara teknik tarbiyah fizikal yang ditetapkan untuk menguatkan gerak kerja dakwah di jalan Allah dan menghadapi golongan yang zalim dan penolong-penolong mereka.     

Di antara pra syarat kekuatan persiapan, yang bermaksud persiapan jihad ialah persiapan dari segi senjata yang dibenarkan untuk mempertahankan diri dan menghalang pelampau dan pihak yang zalim yang menghalang perjuangan di jalan Allah dan  menghendakinya gagal dan hancur. Termasuk dalam ruang lingkup ini ialah mengambil kebaikan dan manfaat daripada teknik, alatan dan kelengkapan semasa, kerana “hikmah telah hilang dari para mukmin dan sesiapa yang menemuinya dialah yang berhak mengambilnya”. Juga termasuk dalam ruang lingkup ini ialah segala penemuan dan rekaan baru.

Tanggungjawab memastikan tercapai kemenangan kepada dakwah

Tercapai kemenangan kepada dakwah dikira sebagai matlamat yang terpenting bagi mana-mana muslim yang beriman bahawa kebenaran (al-hak) mestilah mempunyai kekuatan dan sesuatu kemenangan mestilah diikuti dengan pengorbanan. Oleh itu menjadi suatu kewajipan untuk menyiapkan diri untuk mencapainya dengan persiapan berikut:

-          Tarbiyah ruhiyah untuk menguatkan factor keimanan dan keyakinan bahawa jihad untuk mencapai kemenangan agama adalah menjadi matlamat.
-          Tarbiyah badaniyah supaya seorang muslim menjadi kuat, sihat dan berupaya untuk memikul bebanan demi memperjuang dan menegakkan agama Allah apabila diseru berbuat demikian.
-          Latihan menggunakan peralatan yang asas untuk mempertahankan agama Allah dan menghalang musuh dalam ruang lingkup syarak.
-          Pengorbanan harta yang wajib untuk dinafkahkan pada jalan Allah
-          Menggabungkan diri dengan hamba-hamba Allah yang berdoa dan berzikit pada waktu pagi dan petang kerana mengharapkan keredhaanNya dan orang-orang yang berjihad di jalan Allah kerana ingin menjadikan kalimah Allah yang tertinggi sedang kalimah yang kafir yang terendah, dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik.

Doa memohon pertolongan dan kemenangan

1.Doa dari al-Quran

-
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."(Al-Baqarah: 250)

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ
“Maka dia mengadu kepada Tuhannya: "Bahwasanya Aku Ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah (aku)." (Al-Qamar: 10)

قَالَ رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
“ Luth berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah Aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu".(Al-Ankabut: 30)

قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ
“Musa berkata: "Ya Tuhanku, demi nikmat yang Telah Engkau anugerah- kan kepadaku, Aku sekali-kali tiada akan menjadi penolong bagi orang- orang yang berdosa".(Al-Qashash: 17)

قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنْ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“ dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu". (Al-Qashash: 21)

رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ
“ (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman". (Ad-Dukhan: 12)


2. Doa dari Sunnah Nabi:

اللهم مُنْزِل الكتاب، ومجُرى السحاب، وهازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah, yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”. (Bukhari dan Muslim).
اللهم اكفناهم بما شئت، وكيف شئت، إنك على ما تشاء قدير
“Ya Allah, cukupkanlah kami menghadapi mereka seperti yang Rngkau kehendaki dan bagaimana yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk membuat sesuatu”. (Abu Daud)

اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم
Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher muka mereka (agar kekuatan mereka tidak terpedaya dalam berhadapan dengan kami). Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan mereka.” (Abu Daud dan Tirmizi)

يا حي يا قيوم برحمتك نستغيث
“Ya Tuhan yang Maha Hidup, Ya Tuhan yang Maha Berkuasa dengan rahmatMu kami mengadu dan kami memohon”. (Bukhari)

Ya Allah, perkenankanlah doa kami. Segala pujian hanya layak bagi Allah yang mampu menolong hambaNya, memuliakan tenteraNya dan menghancurkan pasukan bersekutu.

------------
Penulis seorang profesor di Universiti al-Azhar

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=65997&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top